ad
BERITA UTAMA

Tanah kubur Putra Heights dibuka, mampu tampung hampir 20,000 jenazah

15 Sep 2023, 5:30 AM
Tanah kubur Putra Heights dibuka, mampu tampung hampir 20,000 jenazah
Tanah kubur Putra Heights dibuka, mampu tampung hampir 20,000 jenazah
Tanah kubur Putra Heights dibuka, mampu tampung hampir 20,000 jenazah
Tanah kubur Putra Heights dibuka, mampu tampung hampir 20,000 jenazah

SUBANG JAYA, 15 SEPT: Tanah Perkuburan Islam Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Putra Heights di Kampung Kuala Sungai Baru di sini yang siap dibangunkan akhir Disember lalu dibuka sepenuhnya hari ini.

Datuk Bandar Subang Jaya berkata tapak pusara seluas 33.5 ekar yang dibangunkan melalui dua fasa dengan kerjasama Sime Darby Propery Berhad membabitkan 19,816 lot.

Mohd Fauzi Mohd Yatim menjelaskan pembangunan dengan kos RM6.7 juta mampu mengatasi isu pertambahan populasi penduduk bandar dan tanah kubur di USJ 22 yang semakin padat.

[caption id="attachment_603053" align="aligncenter" width="729"] Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Fauzi Mohd Yatim berucap pada majlis perasmian Tanah Perkuburan Islam Putra Height Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Kampung Kuala Sungai Baru, Subang Jaya pada 15 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Tanah perkuburan baharu ini merupakan yang kedua bawah seliaan MBSJ. Pembinaannya mengambil kira penerimaan pengebumian jenazah di tanah kubur di USJ 22 semakin meningkat dan dijangka penuh pada 2028.

"Kami berbesar hati kerana Sime Darby dapat melaksanakan projek ini sekali gus mampu menampung keperluan pengebumian yang semakin meningkat dalam tempoh 20 tahun akan datang," katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas merasmikan tanah perkuburan itu yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Berhad Dato' Ir Mohd Sohimin Mohd Alayedin.

[caption id="attachment_603049" align="aligncenter" width="810"] Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Fauzi Mohd Yatim melakukan gimik perasmian Tanah Perkuburan Islam Putra Height Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Kampung Kuala Sungai Baru, Subang Jaya pada 15 September 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mohd Fauzi turut memaklumkan pelbagai kemudahan tersedia di tanah perkuburan berkenaan antaranya bangunan pentadbiran, ruang serbaguna, bilik mandi jenazah, surau dan tandas.

"Kelengkapan lain turut disediakan termasuklah bengkel pertukangan dan stor, 20 unit wakaf istirehat, pondok pengawal dan parkir.

"Tanah kubur ini turut dilengkapi seunit mini jentera pengorek (excavator) bagi memudahkan proses pengebumian," katanya.

Beliau menambah tanah perkuburan itu juga akan mengaplikasi sistem e-Pusara bagi memudahkan waris mengenal pasti lokasi kubur ahli keluarga.

[caption id="attachment_603050" align="aligncenter" width="748"] Tanah Perkuburan Islam Putra Height Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Kampung Kuala Sungai Baru, Subang Jaya. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.