ad
AGENDA

Bengkel terbakar, dua kereta dan lima motosikal musnah

15 Sep 2023, 12:55 AM
Bengkel terbakar, dua kereta dan lima motosikal musnah

SHAH ALAM, 15 SEPT: Dua kereta dan lima motosikal musnah dalam kebakaran sebuah bengkel di blok projek perumahan rakyat (PPR) Kota Damansara di Petaling Jaya awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.44 pagi tadi.

Berikutan itu, jelasnya, seramai 20 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Damansara dan Subang Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat kebakaran membabitkan sebuah bengkel di blok B PPR berkenaan yang terbakar 80 peratus," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kebakaran berjaya dikawal jam 5.08 pagi tadi dan tiada mangsa dilaporkan cedera. Punca kejadian masih dalam siasatan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.