ad
AGENDA

Program saringan kesihatan percuma buka tirai di Shah Alam esok

14 Sep 2023, 12:00 PM
Program saringan kesihatan percuma buka tirai di Shah Alam esok
Program saringan kesihatan percuma buka tirai di Shah Alam esok
Program saringan kesihatan percuma buka tirai di Shah Alam esok

SHAH ALAM, 14 SEPT: Warga Selangor berpeluang menyertai program saringan percuma anjuran Kerajaan Selangor di Shah Alam, Petaling Jaya dan Ampang mulai esok hingga 17 September.

Dato' Menteri Besar berkata orang ramai boleh mendaftar menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau laman sesawang selangorsaring.selangkah.my

"Warga Selangor dijemput mengunjung ke program Selangor Saring Fasa 3 bagi menikmati khidmat saringan kesihatan percuma," kata Dato' Seri Amirudin Shari di laman X hari ini.

Menurut infografik yang dikongsikan Amirudin di laman berkenaan, saringan hanya libatkan pemeriksaan fizikal, darah dan air kencing.

Bermula esok, Selangor Saring dijadual berlangsung di Dewan Jubli Perak, banguna pentadbiran Kerajaan Negeri, di sini mulai 8 pagi hingga 4 petang.

Program sama diteruskan di pekarangan Madrasah Al-Ikhlas SS3/47, Petaling Jaya pada 16 September (8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari) manakala keesokannya di Dewan MPKK Kampung Kuala Ampang, Ampang (8 pagi hingga 2.00 petang).

[caption id="attachment_589469" align="aligncenter" width="733"] Orang ramai menunggu giliran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma melalui program Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Kemuning Utama pada 7 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Selangor Saring diperkenal bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal, terutama yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Membabitkan kos RM3.4 juta yang ditanggung sepenuhnya pentadbiran negeri, peserta boleh menjalani saringan air kencing, mata, barah pangkal rahim, payu dara dan prostat serta ujian darah.

Skim tersebut ditambah baik tahun ini dengan beberapa lagi khidmat saringan disediakan antaranya pemeriksaan gigi dan telinga selain mengadakan sesi fisioterapi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.