ad
PBT

Tema batik warnai Hari Tanpa Kenderaan MPK pada 24 September

14 Sep 2023, 8:05 AM
Tema batik warnai Hari Tanpa Kenderaan MPK pada 24 September

OLEH JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 14 SEPT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengajak orang ramai memeriahkan program Hari Klang Tanpa Kenderaan pada 24 September bermula jam 7 pagi di Padang Laman Seni Safari.

Program bertemakan pemakaian baju batik dan baju Kedah itu menyediakan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga seperti 'Fun Walk', pameran galeri, jualan kenderasaji dan senamrobik.

"Jom sambil bergaya santai dengan tema kain batik atau baju Kedah dan ada cabutan bertuah juga," kata MPK menerusi Facebook.

Acara itu merupakan anjuran MPK bersama GM Klang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Polis Klang Selatan dan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.