ad
AGENSI

Yuran murah, lebih 60 peratus pelajar Unisel dari keluarga B40

14 Sep 2023, 3:24 AM
Yuran murah, lebih 60 peratus pelajar Unisel dari keluarga B40
Yuran murah, lebih 60 peratus pelajar Unisel dari keluarga B40
Yuran murah, lebih 60 peratus pelajar Unisel dari keluarga B40

SHAH ALAM, 14 SEPT: Lebih 60 peratus pelajar Universiti Selangor (Unisel) daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) berikutan yuran yang ditawarkan murah.

Naib Canselornya Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman berkata faktor itu memberi peluang pendidikan lebih luas kepada pelajar untuk menyambung pengajian di insititusi pengajian tinggi swasta.

“Sebagai sebuah universiti yang menekankan kecemerlangan dan bukan meraih keuntungan, Unisel menawarkan yuran pengajian, yuran asrama dan yuran-yuran lain yang secara relatif agak rendah.

[caption id="attachment_602856" align="aligncenter" width="602"] Naib Canselor Unieversiti Selangor (Unisel) Prof Dato Dr Redzuan Othman berucap ketika majlis makan malam amal Yayasan Unisel di Doubletree by Hilton I-City, Shah Alam pada 13 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Ini bagi membolehkan peluang pendidikan yang lebih luas diberikan kepada segenap lapisan masyarakat,” ucapnya pada majlis makan malam Yayasan Unisel (Yusel) semalam.

Mengulas lanjut mengenai Yusel, beliau yang juga Presiden Unisel menjelaskan tabung itu ditubuhkan bagi membantu pelajar yang memerlukan bantuan kewangan.

[caption id="attachment_602857" align="aligncenter" width="601"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Menteri Besar Dato' Amirudin Shari bergambar bersama ketika majlis makan malam amal Yayasan Unisel di Doubletree by Hilton I-City, Shah Alam pada 13 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Selain itu, terdapat juga keperluan tabung ini bagi membantu dalam pelbagai inisiatif yang boleh membawa kepada kecemerlangan Unisel,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meluangkan masa ke majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 200 individu terdiri daripada penyumbang yayasan dan kakitangan Unisel.

Hadir sama, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.