OLEH JULIANA JOHAR
SHAH ALAM, 14 SEPT: Orang ramai dipelawa untuk menghadiri Program Derma Darah dan Saringan Kesihatan anjuran Parlimen Selayang, Ahli Dewan Negeri Rawang pada Sabtu dan Ahad ini di pusat beli-belah AEON Rawang.
Wakil rakyatnya Chua Wei Kiat menerusi Facebook, menyeru orang ramai untuk sama-sama memeriahkan program yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 5 petang itu selain berkongsi manfaat menderma darah kepada golongan yang terlibat.
"Tahukah anda, bahawa menderma darah adalah selamat untuk orang dewasa yang sihat dan juga boleh memberi manfaat yang besar untuk kesihatan mental anda.
"Antara manfaatnya (mampu) mengurangkan tekanan, meningkatkan kesejahteraan emosi, manfaatkan kesihatan fizikal, membantu mengurangkan emosi negati dan menggalakkan interaksi sosial.
"Jadi jangan lupa untuk ajak semua kenalan anda!" katanya.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi talian 016-2014138 (Elango) dan 019-2511283 (Siva).