ad
AGENDA

PM hadir majlis makan malam Yayasan Universiti Selangor

13 Sep 2023, 3:37 PM
PM hadir majlis makan malam Yayasan Universiti Selangor
PM hadir majlis makan malam Yayasan Universiti Selangor

SHAH ALAM, 13 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa hadir pada Majlis Makan Malam Yayasan Universiti Selangor (Yusel) di Double Tree By Hilton di sini malam ini.

Ketibaan Anwar disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Naib Canselor Unisel Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman.

Turut mengiringi Anwar, isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Sains Politik dan Kemasyarakatan pada istiadat konvokesyen ke-17 pada 9 September lalu di Dewan Canselor, Unisel Kampus Bestari Jaya.

[caption id="attachment_602824" align="aligncenter" width="770"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama tetamu pada Majlis Makan Malam Yayasan Universiti Selangor (Yusel) di Double Tree By Hilton I-City, Shah Alam pada 13 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, lebih 200 individu hadir ke majlis makan malam anjuran institusi itu terdiri daripada penyumbang Yusel dan kakitangan Unisel.

Sebelum ini, Unisel yang merupakan universiti tajaan Kerajaan Negeri menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan pertama dikunjungi perdana menteri Februari lalu.

Menerusi lawatan itu, Anwar memberi syarahan bertajuk Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia dan melancarkan simbolik perasmian Perpustakaan Peringatan Siddiq Fadzil dan Yusel yang ditubuh bagi membantu pelajar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.