ad
AGENDA

Harga RON95, RON97, diesel kekal hingga 20 September

13 Sep 2023, 9:52 AM
Harga RON95, RON97, diesel kekal hingga 20 September

KUALA LUMPUR, 13 SEPT: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON 95 serta diesel kekal bagi tempoh 14 hingga 20 Sept ini.

Kementerian Kewangan, dalam kenyataan, hari ini memaklumkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), RON97 akan kekal pada harga RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

"Untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.