ad
AGENDA

Pameran halal antarabangsa peluang usahawan promosi produk, dekati orang ramai

12 Sep 2023, 3:17 PM
Pameran halal antarabangsa peluang usahawan promosi produk, dekati orang ramai
Pameran halal antarabangsa peluang usahawan promosi produk, dekati orang ramai

KUALA LUMPUR, 12 SEPT: BS Fitness Nutrition (M) Sdn Bhd memanfaatkan penyertaan dalam Pavilion Selangor sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) untuk mempromosi makanan tambahan yang dihasilkan syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Raja Lokman Raja Ahmad berkata peluang turut diberikan kepada pengunjung untuk merasai minuman protein ‘Hydro Whey’ yang didatangkan dalam perisa coklat dan strawberi.

“Produk dihasilkan BS Fitness memang terbukti halal. Jadi kami ambil bahagian dalam Mihas kali ini untuk bagi peluang kepada pengunjung rasa sebanyak mungkin minuman protein.

[caption id="attachment_602660" align="aligncenter" width="814"]
Ketua Pegawai Eksekutif BS Fitness Nutrition (M) Sdn Bhd, Raja Lokman Raja Ahmad (kiri) bersama produk syarikatnya ketika di Pavilion Selangor sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) pada 12 September 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Kami bagi ‘tester’ (penguji) minuman ‘Hydro Whey’ coklat dan strawberi kepada pengunjung selain promosi RM90 sekilogram berbanding harga biasa RM130 untuk produk ini,” katanya.

Ditemui di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) di sini, beliau juga meminta orang ramai mengubah tanggapan pengambilan protein untuk atlet sukan atau mendapatkan susuk ‘sado’ semata-mata.

“Sebenarnya sesiapa sahaja boleh amalkan pengambilan protein, tidak kira atlet sukan atau bukan kerana ia adalah suatu keperluan harian.

“Sebab itu kami ambil bahagian dalam Mihas kali ini. Hasrat kami adalah untuk memperbetulkan persepsi ramai bahawa orang biasa juga perlu amalkan protein,” katanya.

BS Fitness Nutrition yang beroperasi di Bandar Rinching, Semenyih antara 23 pempamer yang menyertai Pavilion Selangor sempena Mihas edisi ke-19 bermula hari ini hingga 15 September.

Dihoskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan dianjurkan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Mihas menampilkan trend, teknologi dan inovasi terkini meliputi 13 kluster industri halal.

Pameran diadakan secara fizikal dan platform dalam talian yang boleh diakses 24 jam sehari.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.