ad
AGENDA

Penyampai berita TV3 meninggal dunia, menteri ucap takziah

12 Sep 2023, 6:46 AM
Penyampai berita TV3 meninggal dunia, menteri ucap takziah

KUALA LUMPUR, 12 SEPT: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga penyampai berita veteran TV3 Raymond Goh yang meninggal dunia hari ini.

Fahmi dalam hantaran di Facebook mendoakan keluarga Allahyarham tabah dengan ujian itu.

Keluarga Allahyarham dalam kenyataan hari ini berkata Goh menghembuskan nafas terakhir dengan tenang pagi tadi selepas dalam keadaan kritikal akibat diserang penyakit angin ahmar.

Menurut keluarga Allahyarham, jenazah akan disolatkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini selepas solat Asar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara hari ini.

Goh, yang nama Islamnya Mohd Zaman Goh memulakan kerjayanya sebagai penyampai berita bagi “7 O’Çlock News” sebelum beralih ke buletin berita “Nightline” di TV3.

Sebagai penyampai berita veteran dengan lebih 30 tahun pengalaman, Allahyarham turut melatih individu dalam bidang pengucapan.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.