ad
AGENDA

Rakaman tular naik taraf bekalan air terbit 2021

12 Sep 2023, 4:55 AM
Rakaman tular naik taraf bekalan air terbit 2021

SHAH ALAM, 12 SEPT: Video berkenaan operasi naik taraf bekalan air yang tular di kumpulan WhatsApp baru-baru ini merupakan video lama terbitan SelangorTV pada 2021.

SelangorTV yang beroperasi bawah Media Selangor Sdn Bhd (MSSB) mengesahkan perkara tersebut di Facebook malam tadi selepas menerima maklumat daripada orang ramai.

Syarikat milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI itu turut meminta orang ramai untuk menyemak maklumat rasmi operasi bekalan air di platform @air_selangor dan MSSB.

"Pihak Media Selangor turut menyeru agar semua pihak menyemak terlebih dahulu sebarang fakta sebelum disebar," menurut syarikat berkenaan dalam kenyataan ringkas.

Video yang disiarkan di TikTok dua tahun lalu meminta penduduk Selangor membuat persediaan awal berikutan operasi bekalan air dijalankan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.