ad
AGENDA

Gempa bumi di Maghribi, angka kematian cecah 2,800 orang

12 Sep 2023, 1:54 AM
Gempa bumi di Maghribi, angka kematian cecah 2,800 orang

RABAT, 12 SEPT: Angka kematian akibat gempa bumi kuat di Maghribi meningkat kepada 2,854 orang, menurut Kementerian Dalam Negeri negara itu pada Isnin.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan seramai 2,562 lagi cedera dalam kejadian gempa bumi pada lewat Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) , pusat gempa pada kedalaman 18.5 kilometer, iaitu 75 kilometer (46.6 batu) barat daya Marrakech.

Kerosakan besar akibat gempa bumi itu dilaporkan di Marrakech, tapak Warisan Dunia UNESCO.

Pasukan penyelamat pada Isnin terus giat mengesan mangsa hilang yang terperangkap di bawah runtuhan.

Beberapa pasukan penyelamat asing telah pun tiba di negara ini untuk menyertai usaha menyelamat.

Maghribi setakat ini telah menerima tawaran bantuan daripada Sepanyol, UK, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.

Pada hari Ahad, kerajaan Maghribi melancarkan akaun khas dengan perbendaharaan dan Bank Maghribi bagi menerima sumbangan untuk mangsa gempa.

-- BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.