ad
AGENDA

Jualan murah di Pandan Indah, Kota Anggerik, Sentosa pagi ini

11 Sep 2023, 11:30 PM
Jualan murah di Pandan Indah, Kota Anggerik, Sentosa pagi ini
Jualan murah di Pandan Indah, Kota Anggerik, Sentosa pagi ini

SHAH ALAM, 12 SEPT: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan asas murah berbanding harga pasaran diadakan di tiga lokasi mulai 10 pagi, hari ini.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan murah itu bertempat di 24 Jalan Hulubalang 10 Taman Sentosa (Sentosa); Jalan Pandan 4/6 Pandan Jaya (Pandan Indah) dan tapak badminton Blok 7, Jalan Plumbum 7/95 (Kota Anggerik).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Setakat ini, program itu sudah dianjurkan di lebih 2,000 lokasi seluruh negeri dan dianggarkan ia memberi manfaat kepada 4.5 juta penduduk.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.