ad
AGENDA

Hasrat anjur pameran udara di KLIA pada 2025, ruang luas buat pempamer

10 Sep 2023, 1:00 AM
Hasrat anjur pameran udara di KLIA pada 2025, ruang luas buat pempamer
Hasrat anjur pameran udara di KLIA pada 2025, ruang luas buat pempamer
Hasrat anjur pameran udara di KLIA pada 2025, ruang luas buat pempamer
Hasrat anjur pameran udara di KLIA pada 2025, ruang luas buat pempamer
Hasrat anjur pameran udara di KLIA pada 2025, ruang luas buat pempamer

SHAH ALAM, 10 SEPT: Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang sebagai lokasi penganjuran Pameran Udara Selangor (SAS) pada 2025.

EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han berkata cadangan menukar lokasi SAS akan dibincang bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

[caption id="attachment_602156" align="aligncenter" width="797"] EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Ng Sze Han bercakap kepada media ketika Pameran Penerbangan Selangor 2023 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark, Shah Alam pada 9 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Sewaktu pembukaan SAS 2023 (7 September), Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari maklumkan bahawa Selangor sedang rancang untuk anjurkan SAS di Sepang (KLIA) dan rundingan akan dibuat dengan MAHB.

"Bagaimanapun peralihan lokasi SAS ini tidak mungkin berlaku tahun depan kerana kita memerlukan masa yang panjang untuk buat persiapan. Jadi sasaran tukar ke kawasan lebih luas (KLIA) pada 2025," kata Sze Han ketika ditemui di pameran berkenaan di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark, Bukit Jelutong di sini semalam.

SAS yang menghimpunkan penggiat industri penerbangan dan aeroangkasa dari dalam dan luar negara diadakan di pusat berkenaan sejak 2021.

[caption id="attachment_602129" align="aligncenter" width="812"] Orang ramai tidak melepaskan peluang berkunjung ke Pameran Penerbangan Selangor 2023 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark, Shah Alam pada 9 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu, Sze Han mengakui rata-rata pempamer memberi reaksi positif sepanjang tiga hari SAS berlangsung selain menerima permintaan supaya ruang lebih besar disediakan pada edisi akan datang.

"Ini memberi cabaran besar buat kita kerana diakui ruang sedia ada agak terhad. Jadi kita perlu ambil kira perkara ini dan semestinya akan buat penambahbaikan untuk SAS," katanya.

Pada 7 September, Amirudin berkata SAS yang membuka jaringan perniagaan kepada pemain industri penerbangan disasar dilaksana pada skala lebih besar menjelang 2025.

Ia juga bertepatan dengan hasrat menjadikan SAS sebagai pameran udara nombor satu di rantau Asia dan Asia Tenggara menjelang 2030 terutama daripada segi kualiti pelawat.

[caption id="attachment_602070" align="aligncenter" width="788"] Orang ramai berpeluang bergambar bersama keluarga di hadapan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika Pameran Penerbangan Selangor 2023 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark, Shah Alam pada 9 Septembar 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Tahun ini, SAS yang mengangkat tema 'Satu-satunya Pertunjukan dan Perniagaan Penerbangan di Rantau ini' menghimpunkan 119 pempamer manakala negara terlibat antaranya Amerika Syarikat, Perancis, Denmark, Singapura, Australia dan Hong Kong.

Selain itu, sebanyak 40 pesawat statik pelbagai jenis dipamerkan antaranya pesawat peribadi dan sukan selain memperkenal aktiviti baharu iaitu sukan udara dron serta karnival kerjaya.

[caption id="attachment_602075" align="aligncenter" width="812"] Pengunjung melihat pelbagai replika model kapal terbang awam ketika Pameran Penerbangan Selangor 2023 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark, Shah Alam pada 9 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.