ad
PBT

MPSepang tawar beli minyak masak terpakai, peluang penduduk jana pendapatan

30 Ogos 2023, 12:30 PM
MPSepang tawar beli minyak masak terpakai, peluang penduduk jana pendapatan
MPSepang tawar beli minyak masak terpakai, peluang penduduk jana pendapatan

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 30 OGOS: Orang ramai terutama penduduk sekitar Sepang boleh menjana pendapatan melalui jualan minyak masak terpakai.

Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) memaklumkan minyak yang dibeli mengikut harga pasaran semasa akan diproses menjadi biodiesel.

"Minyak masak yang sudah digunakan boleh dikumpulkan dalam satu bekas yang bersesuaian dan boleh hadir ke pusat inovasi Sepang untuk menjualnya," katanya menerusi Facebook.

Bagi mereka yang berminat boleh hadir setiap hari Isnin sehingga jumaat mulai 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Jabatan Kesihatan Persekitaran MPSepang ditalian 03-8319 0246 / 03-8319 0238 / 03-8319 0239.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.