ad
AGENSI

26 keluarga ribut Ampang Hilir terima bakul makanan Zakat Selangor

30 Ogos 2023, 5:01 AM
26 keluarga ribut Ampang Hilir terima bakul makanan Zakat Selangor

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 30 OGOS: Seramai 26 keluarga mangsa ribut di Ampang Hilir menerima bantuan awal berbentuk bakul makanan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) semalam.

LZS memaklumkan sumbangan akan disalurkan kepada semua ketua keluarga yang terkandas di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Persatuan Penduduk Flat Ampang Hilir dalam masa terdekat.

"Zakat Selangor akan terus komited dalam menyantuni insan yang memerlukan. Semakan dari semasa ke semasa akan dijalankan dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan lain-lain agensi serta bantuan bersesuaian akan disalurkan kepada mereka.

"Terima kasih pengeluar zakat kerana terus berzakat bersama kami," maklumnya di Facebook.

Pada 27 Ogos lalu, hujan lebat dan angin kencang melanda Taman Ampang Hilir yang menerbangkan bumbung rumah pangsa dan gerai sehingga menghalang laluan masuk ke kawasan rumah teres berhampiran.

Media melaporkan 18 unit pangsa terjejas dan kerja mengalihkan bumbung oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sedang dijalankan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.