ad
ADN

Ahli Parlimen Sungai Buloh bantu 20 peniaga terkesan kejadian ribut

29 Ogos 2023, 9:22 AM
Ahli Parlimen Sungai Buloh bantu 20 peniaga terkesan kejadian ribut

SHAH ALAM, 29 OGOS: Gerai dan perkakas jualan milik 20 peniaga di Seksyen 8, Kota Damansara rosak berikutan kejadian ribut yang berlaku petang semalam.

Susulan itu, Ahli Parlimen Sungai Buloh menyerahkan sumbangan wang tunai sebagai langkah memastikan peniaga terus beroperasi sekali gus menjamin sumber pendapatan mereka.

“Kejadian ribut semalam menyebabkan barangan niaga seperti khemah dan perkakas lain rosak. Sebab itu kita ambil inisiatif bantu mereka dengan sumbang sejumlah wang.

“Dengan bantuan ini mereka boleh membeli atau mengganti peralatan yang rosak dan terus dapat berniaga seperti biasa. Kita tidak mahu sumber pendapatan mereka terjejas,” kata Datuk R Ramanan kepada Selangorkini.

Beliau berkata selepas kejadian setiusaha politiknya Aidi Amin segera mendapatkan peniaga sebagai tanda sokongan moral.

“Kita kumpulkan maklumat dan hari ini bantuan sudah diserahkan. Kita harap inisiatif ini dapat memudahkan urusan mereka,”katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.