ad
AGENDA

Amaran hujan lebat di Gombak, Petaling, Hulu Langat hingga 7 malam

27 Ogos 2023, 9:04 AM
Amaran hujan lebat di Gombak, Petaling, Hulu Langat hingga 7 malam
Amaran hujan lebat di Gombak, Petaling, Hulu Langat hingga 7 malam

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 27 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Gombak, Petaling serta Hulu Langat di Selangor hingga 7 malam ini.

Agensi itu meramalkan cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur serta beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.