ad
SELANGOR

RMS berkenan hadir majlis lancar program kerjasama permotoran

26 Ogos 2023, 3:00 PM
RMS berkenan hadir majlis lancar program kerjasama permotoran

SHAH ALAM, 26 OGOS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan berangkat ke majlis pelancaran program kerjasama permotoran di antara Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dan Persona Energy Sdn Bhd.

Keberangkatan tiba Tengku Amir Shah diiringi pengasas Program Perantisan Pemindahan Teknologi (TTAP) Jaseman Jaafar.

Program itu menyaksikan lima juruteknik muda dari Selangor ditaja untuk menjalani latihan selama enam bulan bersama Porsche semasa berlangsungnya Piala Porsche Carrera Asia 2023.

"Kerjasama ini menunjukkan bahawa perantis khususnya belia Selangor boleh berkembang maju dalam industri automotif dan sukan permotoran melalui sistem piramid yang dibangunkan dengan kerjasama Porsche Motorsport Asia Pacific.

"Ia juga menandakan komitmen berterusan bagi membangunkan modal insan dan memupuk ekosistem yang mampan dalam sukan permotoran untuk generasi akan datang," tulis Selangor Royal Office di Facebook.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.