ad
AGENDA

Selangor sedia ekosistem pendidikan anak OKU, ringan beban ibu bapa

26 Ogos 2023, 5:00 AM
Selangor sedia ekosistem pendidikan anak OKU, ringan beban ibu bapa
Selangor sedia ekosistem pendidikan anak OKU, ringan beban ibu bapa
Selangor sedia ekosistem pendidikan anak OKU, ringan beban ibu bapa

SHAH ALAM, 26 OGOS: Selangor menjadi satu-satunya negeri yang menyediakan ekosistem pendidikan khas buat anak istimewa bagi meringankan beban ibu bapa.

Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Negeri turut menyediakan saringan awal percuma kepada ibu bapa yang memiliki anak berkeperluan khas untuk mengenal pasti tahap perkembangan anak dan merancang intervensi awal.

“Rumusan laporan akan disediakan oleh fisioterapis dan doktor pakar perkembangan kanak-kanak. Antara khidmat saringan dan rujukan pakar yang disediakan termasuk terapi carakerja, terapi pertuturan dan fisioterapi,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

Jabatan Anak Istimewa Selangor (Anis) ditubuhkan sejak 2018 untuk membantu kebajikan, menambah baik serta memajukan pendidikan anak istimewa di Selangor bagi memastikan nasib mereka terus terbela.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Amirudin mengumumkan Bantuan Khas Anis diteruskan dengan peruntukan RM1 juta untuk pembelian alatan sokongan, ubat- ubatan dan bekalan nutrisi tambahan anak istimewa.

Program ini turut dikembangkan dengan menawarkan manfaat tambahan rawatan perubatan di hospital pakar sekiranya memerlukan rawatan kecemasan di hospital.

[caption id="attachment_560461" align="aligncenter" width="814"] Kanak-kanak kelainan upaya mengikuti sesi pembelajaran di Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (AnIS) Seksyen 7, Shah Alam pada 12 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.