Oleh DIANA ABD WAHAB
SHAH ALAM, 26 OGOS: Lima daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat serta anging kencang sehingga 2 petang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau dan Perlis selain beberapa daerah di Kedah, Perak serta Negeri Sembilan.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.