ad
BERITA UTAMA

Petaling Jaya jadi tuan rumah Festival Cerita Rakyat Belia Asia Pasifik Pertama

26 Ogos 2023, 2:00 AM
Petaling Jaya jadi tuan rumah Festival Cerita Rakyat Belia Asia Pasifik Pertama
Petaling Jaya jadi tuan rumah Festival Cerita Rakyat Belia Asia Pasifik Pertama
Petaling Jaya jadi tuan rumah Festival Cerita Rakyat Belia Asia Pasifik Pertama

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

PETALING JAYA, 26 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mewakili Malaysia sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival Cerita Rakyat Belia Asia Pasifik Pertama bermula 21 sehingga 26 September ini.

Datuk Bandarnya Mohamad Azhan Md Amir berkata festival kesenian rakyat di Pusat Bandar Seksyen 52, di sini dijangka dihadiri 20,000 peserta dan pengunjung sepanjang festival berlangsung.

[caption id="attachment_599846" align="aligncenter" width="815"] Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Azhan Md Amir berucap pada majlis prapelancaran Festival Cerita Rakyat Belia Asia Pasifik Pertama di Petaling Jaya pada 25 Ogos 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI[/caption]

“Sebanyak 26 negara Asia Pasifik telah diundang untuk menyertai festival ini di mana 13 daripadanya telah mengesahkan pernyertaan mereka.

“Negara yang terlibat adalah China, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Iran, Filipina, Singapura, Uzbekistan, Sri Lanka, Qatar dan Brunei,” katanya ketika menyempurnakan majlis prapelancaran acara berkenaan di sini semalam.

Menurut beliau, festival bertema ‘Menghayati Budaya dan Warisan’ diisi dengan lapan aktiviti termasuk konsert yang menambilkan barisan artis terkenal tanah air.

“Program yang kita aturkan antaranya adalah persembahan kebudayaan antarabangsa, seminar kerjaya seni, Persidangan Seni Antarabangsa PJ 2023, persembahan di lima buah sekolah terpilih dan sebagainya.

“Pada masa sama pada acara malam konsert pula kita akan menampilkan barisan artis terkenal tanah air seperti Datuk Hattan, Ziana Zain, Ella dan Datuk Awie,” katanya.

[caption id="attachment_599848" align="aligncenter" width="773"] Penyanyi dan penari lagu tema bersama peraga baju kebudayaan 13 negara peserta membuat persembahan pada majli prapelancaran Festival Cerita Rakyat Belia Asia Pasifik Pertama di Petaling Jaya pada 25 Ogos 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI[/caption]

Menurut Mohamad Azhan, penganjuran festival ini bertujuan menzahirkan rasa cinta terhadap keunikan budaya, seni dan warisan dalam memupuk keharmonian dan perpaduan masyarakat global.

“Pengunjung yang hadir berperanan sebagai jurucakap di mana sudah pasti mereka akan berkongsi pengalaman menarik di festival ini kepada masyarakat di luar.

“Ini sekali gus memperkukuhkan imej Petaling Jaya sebagai kota seni dan destinasi pelancongan,” katanya.

Pada 2015, Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan banda raya Petaling Jaya sebagai kota seni selaras dengan komitmen MBPJ sebagai destinasi pelancongan melalui penganjuran PJ International Folklore Festival sejak 2013.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.