ad
PBT

Tempat pembiakan nyamuk kini dinobat terbersih, terindah, dikenali mini Cameron Highlands

25 Ogos 2023, 2:13 PM
Tempat pembiakan nyamuk kini dinobat terbersih, terindah, dikenali mini Cameron Highlands
Tempat pembiakan nyamuk kini dinobat terbersih, terindah, dikenali mini Cameron Highlands
Tempat pembiakan nyamuk kini dinobat terbersih, terindah, dikenali mini Cameron Highlands
Tempat pembiakan nyamuk kini dinobat terbersih, terindah, dikenali mini Cameron Highlands

AMPANG, 25 OGOS: Usaha penduduk Pangsapuri Cemara 1 dan 2 memajukan kawasan terbiar membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai pemenang pertama Perumahan Berstrata Terbersih dan Terindah Ampang Jaya 2023 bagi kategori perumahan kos sederhana.

Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Cemara 1 dan 2, Ismail Hashim berkata idea itu tercetus pada 2016 selepas kawasan itu menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan mengancam penduduk.

[caption id="attachment_599808" align="alignleft" width="383"] Pengerusi JMB Pangsapuri Cemara 1 dan 2, Ismail Hashim.[/caption]

Menurutnya, kawasan terbiar itu kini dibangunkan sebagai Kebun Komuniti Bandar dan dikenali sebagai 'Mini Cameron Highlands' oleh penduduk berikutan kedudukannya yang seolah-olah berada di lereng bukit.

“Saya bersyukur kerana penduduk beri kerjasama baik untuk majukan tanah itu. Kami bergotong-royong menanam pelbagai tanaman dan hasilnya kami jual kepada penduduk pada harga murah.

“Ini juga adalah kemenangan keempat berturut-turut kami di Ampang Jaya. Kami juga pernah memenangi Kebun Komuniti Bandar terbaik di peringkat negeri sebanyak dua kali,” katanya kepada Selangorkini.

JMB Pangsapuri Cemara 1 dan 2 membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala iringan dan sijil penghargaan yang disampaikan EXCO Perumahan Borhan Aman Shah di sini, hari ini.

[caption id="attachment_599807" align="aligncenter" width="770"] EXCO Perumahan dan Kebudayaan Borhan Aman Shah (dua, kanan) bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya Dr Ani Ahmad (tiga, kiri) menyampaikan cek cura dan piala kepada penerima tempat pertama kategori skim pemajuan kos sederhana pada majlis Anugerah Perumahan Berstrata Terbersih dan Terindah 2023 dan Anugerah Strata Ampang Jaya 2023 di Temu Jelatek, Kuala Lumpur pada 25 Ogos 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGOR[/caption]

Sementara itu, usaha JMB Pangsapuri Ukay Indah mengangkat tema lobi lif hotel di bangunan berstrata berkenaan berjaya menambat hati juri dalam Kategori Khas Ruang Lobi Lif Tercantik dan Terindah.

Pengerusinya, Mohd Yusof Che Mansor berkata idea itu bermula tahun lalu apabila Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan pertandingan lobi lif tercantik dan bersih.

“Kami kemudiannya menganjurkan pertandingan bagi peringkat dalaman. Syukur kerana ia mendapat sambutan penduduk.

[caption id="attachment_599793" align="aligncenter" width="811"] EXCO Perumahan dan Kebudayaan Borhan Aman Shah (tiga, kanan) bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya Dr Ani Ahmad (tiga, kiri) menyampaikan cek cura dan piala kepada penerima anugerah khas ruang lobi lif tercantik dan terindah ketika Majlis Anugerah Perumahan Berstrata Terbersih dan Terindah 2023 dan Anugerah Strata Ampang Jaya 2023 di Temu Jelatek, Kuala Lumpur pada 25 Ogos 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGOR[/caption]

“Mereka sanggup mengumpul modal sendiri dan mengecat serta mengindahkan lobi lif masing-masing di setiap aras. Pihak JMB hanya membersihkan sahaja secara harian,” katanya.

JMB Pangsapuri Ukay Indah membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala iringan dan sijil penghargaan. Mereka turut memenangi tempat ketiga bagi kategori perumahan kos rendah terbersih dan terindah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.