ad
AGENDA

Bonnie pecah rekod dunia lagi dalam kejohanan dunia di Dubai

25 Ogos 2023, 2:33 AM
Bonnie pecah rekod dunia lagi dalam kejohanan dunia di Dubai

KUALA LUMPUR, 25 OGOS: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin terus mencipta sensasi dengan memecah rekod dunia miliknnya sendiri bagi kategori lelaki atas 72 kg dalam Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Dubai pada Khamis.

Bonnie mengangkat bebanan 231kg pada percubaan ketiga, sekali gus memperbaharui rekod dilakarnya sebelum ini iaitu 230 kg ketika saingan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 pada Jun 2021.

Catatan dilakukan atlet kelahiran Sarawak itu semalam jauh meninggalkan pencabar terdekatnya dari Itali, Donato Telesca yang merangkul perak dengan angkatan 202kg.

Pingat gangsa pula menjadi milik wakil Uzbekistan, Bekzod Jamilov menerusi angkatan 200kg.

Kejohanan yang membuka tirai sejak Rabu lepas akan berakhir 30 Ogos ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.