ad
AGENDA

PM umum sagu hati RM1,000 kepada waris korban pembinaan jalan Gerik-Jeli

24 Ogos 2023, 10:18 AM
PM umum sagu hati RM1,000 kepada waris korban pembinaan jalan Gerik-Jeli

OLEH YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB

SHAH ALAM, 24 OGOS: Perdana menteri mengumumkan pemberian sagu hati sebanyak RM1,000 kepada 87 keluarga waris korban serangan hendap komunis sewaktu pembinaan Jalan Raya Timur Barat (Gerik-Jeli) pada 1970.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemberian sagu hati kepada keluarga pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) yang terlibat dengan pembinaan tersebut sebagai simbolik menghargai jasa bakti yang telah dicurahkan.

"Saya dimaklumkan banyak nyawa telah terkorban akibat serangan pengganas komunis dan kemalangan sewaktu kerja-kerja pembinaan dilaksanakan.

"Kegalauan sewaktu kerja pembinaan itu pastinya menimbulkan memori silam pahit yang tercatat dalam sejarah negara malah memberi kesan kepada waris yang terkorban,"katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Anwar hadir pelancaran Kempen MYJalan dan Program Setia Bakti Jalan Raya Timur Barat (FT04) dekat Gerik, beliau meluangkan masa menyantuni waris korban serangan komunis itu.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.