ad
PBT

MDSB tawar diskaun kompaun sempena bulan kemerdekaan

24 Ogos 2023, 12:30 AM
MDSB tawar diskaun kompaun sempena bulan kemerdekaan

SHAH ALAM, 24 OGOS: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menawarkan diskaun kompaun melibatkan semua perkhidmatan pihak berkuasa tempatan itu sempena bulan kemerdekaan.

Agensi itu menerusi Unit Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata diskaun kompaun 8.8 itu bermula 16 Ogos hingga 15 September ini.

“Rebut peluang ini untuk bayar kompaun dengan kadar lebih rendah.

“Orang ramai boleh buat semakan kompaun dengan melayari https://bit.ly/semakkompaunMDSB atau mengimbas kod QR,” katanya menerusi Facebook.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Unit Perundangan MDSB melalui talian 03-3224 1655.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.