ad
AGENSI

Yide ziarah dua keluarga terjejas kebakaran, hulur RM500, pek barangan asas

23 Ogos 2023, 8:54 AM
Yide ziarah dua keluarga terjejas kebakaran, hulur RM500, pek barangan asas
Yide ziarah dua keluarga terjejas kebakaran, hulur RM500, pek barangan asas
Yide ziarah dua keluarga terjejas kebakaran, hulur RM500, pek barangan asas

SHAH ALAM, 23 OGOS: Dua keluarga yang terjejas kebakaran di Kampung Johan Setia, Klang menerima bantuan RM500 sumbangan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Wakil agensi berkenaan yang turun ke lokasi hari ini turut menyampaikan pek barangan kelengkapan diri kepada setiap keluarga.

"Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyalurkan infaq dana musibah. Hari ini Yide telah menyerahkan sumbangan kalian kepada orang yang berhak," maklumnya di Facebook.

[caption id="attachment_599442" align="aligncenter" width="729"] Eksekutif Bahagian Kebajikan Yayasan Islam Darul Ehsan Muhammad Zubair Azizan menyampaiankan sumbangan ketika menziarahi keluarga yang terlibat kebakaran di Kampung Johan Setia, Klang pada 23 Ogos 2023. Foto Facebook Yayasan Islam Darul Ehsan[/caption]

Terdahulu, Eksekutif Bahagian Kebajikan Yide Muhammad Zubair Azizan menyerahkan sumbangan kepada mangsa dan turut dihadiri Pengetua Rumah Anak Yatim Al-Munirah Faisal Yeslam.

Semalam, dua kediaman musnah dijilat api sekitar jam 8.30 malam bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

[caption id="attachment_599443" align="aligncenter" width="811"] Keadaan kediaman yang musnah dalam kebakaran di Kampung Johan Setia, Shah Alam pada 22 Ogos 2023. Foto Facebook Yayasan Islam Darul Ehsan[/caption]

Yide mempelawa orang ramai untuk terus menyumbang kepada tabung Infaq Dana Musibah Malapetaka Yide melalui aplikasi infaqYide.

Setiap sumbangan layak mendapat pengecualian cukai mengikut Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.