ad
AGENSI

Keluarga pemandu Grab, juruterbang terlibat nahas pesawat terima sumbangan LZS

23 Ogos 2023, 8:49 AM
Keluarga pemandu Grab, juruterbang terlibat nahas pesawat terima sumbangan LZS
Keluarga pemandu Grab, juruterbang terlibat nahas pesawat terima sumbangan LZS

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

SHAH ALAM, 23 OGOS: Keluarga pemandu Grab Sharipuddin Shaari yang maut dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina didaftarkan sebagai asnaf di bawah Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Menurut agensi itu, keluarga berkenaan akan dibantu dari segi kewangan bulanan, sewa rumah, makanan bulanan dan bantuan persekolahan bagi anak-anak mangsa.

“Bancian dibuat dan keluarga mangsa didaftarkan sebagai asnaf kami. Insya-Allah, keluarga ini akan dibantu dari segi bantuan rumah sewa, kewangan bulanan, makanan bulanan dan bantuan persekolahan anak-anak arwah.

“Isteri arwah yang juga suri rumah sepenuh masa turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengeluar zakat atas keprihatinan ini,” maklum agensi itu di Facebook hari ini.

Sementara itu, LZS turut memaklumkan pihaknya sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga juruterbang Heikal Aras Abdul Azim yang turut terkorban dalam insiden sama.

[caption id="attachment_599438" align="aligncenter" width="666"]
Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini mengunjungi waris juruterbang Heikal Aras Abdul Azim dalam lawatan ziarah pada 23 Ogos 2023. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor[/caption]

“Kami difahamkan oleh bapa mangsa bahawa mangsa juga pernah menerima bantuan LZS disebabkan hilang pekerjaan ketika pandemik Covid-19.

“Kami sentiasa bersedia menghulurkan bantuan keperluan hidup terutama kelangsungan pendidikan anak arwah. Semoga keluarga mangsa nahas Elmina diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan dan ujian sebesar ini,” katanya.

Sharipuddin, 53, adalah seorang daripada 10 orang yang terkorban dalam nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) Khamis lalu.

Tragedi itu turut mengorbankan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.