ad
AGENDA

MB pegang lima, umum portfolio 10 EXCO

23 Ogos 2023, 4:38 AM
MB pegang lima, umum portfolio 10 EXCO
MB pegang lima, umum portfolio 10 EXCO

SHAH ALAM, 23 OGOS: Dato' Menteri Besar hari ini mengumumkan portfolio 11 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) termasuk dirinya untuk lima tahun akan datang.

Pengumuman portfolio barisan EXCO baharu itu diumumkan Dato' Seri Amirudin Shari dalam sidang media khas selepas mempengerusikan MMKN pertama di bangunan pentadbiran negeri di sini.

Selain berperanan sebagai Menteri Besar, Amirudin Shari turut memegang lima portfolio antaranya pembangunan tanah dan sumber alam,  kewangan dan tindakan ekonomi,  pendidikan dan pembangunan modal insan.

Tiga ahli MMKN berpengalaman, Ng Sze Han dilantik sebagai EXCO Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti; Ir Izham Hashim (Infrastruktur dan Pertanian), manakala Borhan Aman Shah (Perumahan dan Kebudayaan).

Tujuh muka baharu, termasuk bekas Speaker Ng Suee Lim dilantik sebagai EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan; Datuk Rizam Ismail (Kemajuan Desa dan Perpaduan; dan Jamaliah Jamaluddin (Kesihatan Awam dan Alam Sekitar).

Berikut senarai penuh portfolio Amirudin dan 10 barisan EXCO:

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.