ad
PBT

RM2,000 menanti juara kejohanan e-sukan MBSJ September ini

22 Ogos 2023, 12:05 AM
RM2,000 menanti juara kejohanan e-sukan MBSJ September ini
RM2,000 menanti juara kejohanan e-sukan MBSJ September ini

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 22 OGOS: Pertandingan E-Sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan FIFA 23 dua lawan dua Playstation 5 akan diadakan pada 2 September depan.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkata kejohanan tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna MBSJ USJ 7, Subang Jaya bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

"Kejohanan dianjur bersempena sambutan ulang tahun MBSJ yang ketiga, selain itu kita juga menjemput anak muda dan belia yang berminat untuk mempamer bakat mereka," katanya di Facebook.

Penyertaan terhad kepada 32 pasukan terawal mendaftar dengan setiap pasukan mempunyai lima atau enam orang dengan seorang pemain gantian untuk pertandingan MLBB.

Juara akan menerima hadiah wang tunai RM2,000 diikuti naib juara (RM1,000), tempat ketiga (RM800) dan keempat (RM500) bagi setiap pertandingan.

Pasukan yang berminat boleh mendaftar melalui imbasan QR pada poster dan setiap penyertaan dikenakan yuran RM20.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.