ad
AGENDA

Enam kilang perabot di Sungai Buloh terbakar, tiada kemalangan jiwa

20 Ogos 2023, 10:58 AM
Enam kilang perabot di Sungai Buloh terbakar, tiada kemalangan jiwa

KUALA LUMPUR, 20 OGOS: Enam kilang pembuatan peralatan perabot terbakar di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.48 petang dan tiba di lokasi kejadian 12 minit kemudian.

Beliau berkata ketika ini bomba sedang menjalankan kerja pemadaman api yang sedang marak di kilang berkenaan.

“Setakat ini kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi.

Wan Md Razali berkata anggota yang terlibat dalam operasi tersebut dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Selayang dan BBP Damansara.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.