ad
ADN

ADN saran JER dianjur lebih kerap di setiap DUN

20 Ogos 2023, 7:37 AM
ADN saran JER dianjur lebih kerap di setiap DUN
ADN saran JER dianjur lebih kerap di setiap DUN
ADN saran JER dianjur lebih kerap di setiap DUN

SHAH ALAM, 20 OGOS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga menyarankan Jualan Ehsan Rahmah (JER) diadakan lebih kerap di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), susulan permintaan tinggi rakyat.

Danial Al-Rashid Haron berkata jualan murah itu amat membantu rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan asas setiap hari dengan harga berpatutan.

"Saya cadangkan mungkin JER boleh dianjurkan sekerap di setiap DUN termasuk menambah jenis barangan jualan. Namun cadangan ini bergantung kepada aset, logistik dan petugas PKPS (Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor).

"Mungkin dalam belanjawan negeri yang akan datang boleh diusul untuk memenuhi keperluan ini," katanya ketika ditemui di JER DUN Batu Tiga di Pangsapuri Alam Prima di sini, hari ini.

Selain itu, Danial turut menggalakkan mana-mana peniaga kecil membuka gerai jualan mereka ketika program JER dilaksana.

"Dengan cara ini peniaga itu boleh menambah pendapatan sekali gus suasana JER juga lebih meriah dengan kehadiran ramai orang," katanya.

[caption id="attachment_598830" align="aligncenter" width="710"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Batu Tiga ,Shah Alam pada 20 Ogos 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

JER diperkenalkan tahun lalu menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Mulai minggu lalu, PKPS turut menjual minyak masak peket sekilogram serendah RM2 sebungkus di beberapa kawasan terpilih dengan kuantiti 170 bungkus untuk setiap lokasi.

Setakat ini JER sudah dianjurkan di 2,400 lokasi seluruh negeri dan dianggarkan ia memberi manfaat kepada 4.5 juta penduduk.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

[caption id="attachment_598832" align="aligncenter" width="710"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Batu Tiga ,Shah Alam pada 20 Ogos 2023.Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.