ad
AGENDA

MB sertai jemaah tunai solat jenazah Johari Harun

20 Ogos 2023, 7:21 AM
MB sertai jemaah tunai solat jenazah Johari Harun

SHAH ALAM, 20 OGOS: Dato’ Menteri Besar bersama ratusan jemaah menunaikan solat jenazah EXCO Pahang, Allahyarham Dato’ Seri Johari Harun yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Persiaran Elmina pada Khamis lalu.

Solat dilaksanakan di Masjid Saidina Hamzah, Batu Caves turut disertai mantan perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

“Menunaikan solat jenazah Allahyarham Dato’ Sri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di Elmina Shah Alam.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

Pada Khamis, pesawat persendirian jenis Beechcraft 390 (Premier 1) dinaiki Johari bersama tujuh lagi individu terhempas pada jam 2.50 petang, beberapa minit sebelum mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.

Kejadian berkenaan turut mengorbankan dua orang awam iaitu pekerja p-panggilan Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32 dan dan pemandu Grab, Sharipuddin Shaari, 53.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.