ad
AGENDA

SIBS 2023 mulai 19 Oktober, sasar 50,000 pelawat pelbagai negara

20 Ogos 2023, 5:00 AM
SIBS 2023 mulai 19 Oktober, sasar 50,000 pelawat pelbagai negara

SHAH ALAM, 20 OGOS: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19 hingga 22 Oktober ini.

Ketua pengarah eksekutif Invest Selangor Berhad (Invest Selangor) berkata program tersebut menyediakan 1,057 reruai termasuk sasaran 20 peratus penyertaaan pempamer antarabangsa.

“Setakat ini 72 peratus ruang pameran sudah dibeli syarikat tempatan dan luar negara. Kita yakin semua ruang pameran dapat dijual sepenuhnya sebelum program berlangsung.

“Tahun ini kita jangka 50,000 pengunjung akan datang ke ekspo termasuk pelawat perdagangan dari Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan,” kata Dato’ Hasan Azhari Idris ketika dihubungi.

Beliau berkata penganjuran edisi kali ini berskala lebih besar dengan menggunakan lapan dewan ekspo serta dua ruang persidangan sekali gus mengukuhkan usaha negeri untuk menjadi gerbang utama pelaburan.

Selangor memperkenalkan SIBS pada 2016 dan tahun lalu sidang mencatat nilai potensi rundingan berjumlah RM1.45 bilion, jauh lebih tinggi berbanding sasaran RM350 juta.

Ekspo disertai 623 pempamer itu menerima 44,342 pelawat dengan menampilkan enam acara utama iaitu Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman) dan Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan).

Turut dianjur Ekspo Taman Perindustrian Selangor, Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor, Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan serta Inovasi Selangor dan Persidangan Perniagaan Asia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.