ad
ADN

Borhan usaha tepati janji bina gelanggang futsal di setiap kampung

20 Ogos 2023, 2:01 AM
Borhan usaha tepati janji bina gelanggang futsal di setiap kampung
Borhan usaha tepati janji bina gelanggang futsal di setiap kampung

Oleh Fitri Hazim Hazam

SHAH ALAM, 20 OGOS: Sebuah gelanggang futsal akan dibina di setiap kampung dalam kawasan Tanjong Sepat bagi memenuhi hasrat golongan belia mempunyai kemudahan aktiviti sukan.

Wakil Rakyatnya Borhan Aman Shah berkata cadangan itu antara janji beliau untuk pembangunan aktiviti belia pada kempen pilihan raya negeri lalu.

“Seperti yang telah saya kempen pada pilihan raya lalu, janji saya adalah membaiki kemudahan asas dan antaranya gelanggang futsal untuk merancakkan aktiviti fizikal golongan belia Tanjong Sepat.

“Cadangan saya adalah mewujudkan konsep ‘1 Kampung 1 Futsal’ yang akan dibawa kepada Kerajaan Negeri nanti," katanya.

[caption id="attachment_558445" align="alignleft" width="276"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Sepat Borhan Aman Shah ketika ditemu bual media selepas program Jelajah Ehsan Rakyat mega DUN Tanjung Sepat di Dataran Batu Laut, Tanjung Sepat, Sepang pada 31 Disember 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata pembinaan gelanggang futsal itu akan mempelbagaikan aktiviti sukan termasuk sepak takraw dan badminton.

Borhan memaklumkan pihaknya kini berusaha mencari kawasan tanah berpotensi untuk dijadikan fasiliti sukan.

“Fasiliti gelanggang sukan ini perlu dibuat betul-betul supaya ia boleh dijadikan aset di bawah Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Pencarian kawasan telah dilakukan di tanah milik Kerajaan Negeri atau Pejabat Tanah Daerah. Setakat ini saya lihat kawasan tanah di sebelah balai raya dan masjid berpotensi untuk dibangunkan kerana bukan hak individu,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.