ad
AGENDA

Skim Perubatan Madani tawar pemeriksaan kesihatan percuma di klinik swasta

20 Ogos 2023, 12:21 AM
Skim Perubatan Madani tawar pemeriksaan kesihatan percuma di klinik swasta

SHAH ALAM, 20 OGOS: Penerima Sumbangan Tunai Rahmah dipelawa manfaatkan pemeriksaan kesihatan percuma di klinik panel swasta menerusi Skim Perubatan Madani.

Skim perubatan itu menyediakan nilai manfaat RM250 kepada mereka yang berkeluarga, warga emas (RM125) dan golongan bujang (RM75).

Inisiatif yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada Februari lalu menawarkan rawatan pesakit luar termasuk demam, selsema, cirit birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, trauma ringan seperti luka.

Skim berkenaan sudah dimulakan di Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling, Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kinta (Perak); Kota Setar, Kuala Muda (Kedah); Kuala Nerus, Kuala Terengganu (Terengganu); Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak).

Maklumat lanjut mengenai Skim Perubatan Madani, termasuk semakan kelayakan dan senarai klinik panel boleh didapati di laman sesawang ProtectHealth.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau hubungi 03-8687 2525.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.