ad
PBT

Cabaran joran MBSJ, wang tunai keseluruhan RM13,700 menanti kaki pancing

19 Ogos 2023, 7:18 AM
Cabaran joran MBSJ, wang tunai keseluruhan RM13,700 menanti kaki pancing

OLEH YUSLIZA YAKIMIR ABD TALIB

SHAH ALAM, 19 OGOS: Kaki pancing dijemput menyertai Cabaran Joran MBSJ 2023 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM13,700 di Taman Tasik Sri Aman Puchong pada 24 September ini.

Pertandingan anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) sempena sambutan hari ulang tahun ketiga pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bermula 6 pagi hingga 1 tengah hari.

“Hadiah wang tunai diberikan kepada 80 peserta. Juara akan membawa pulang RM5,000, naib juara (RM2,000) dan tempat ketiga (RM1,000).

“Sementara tempat keempat dan kelima menerima RM200 diikuti tempat keenam hingga sepuluh menerima RM100,” menurut MBSJ di Facebook

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30 untuk sebatang joran denngan pendaftaran boleh dilakukan bermula hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi urus setia di talian 016-620 3394 / 012-249 9849 / 017 301 1632.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.