SHAH ALAM, 19 OGOS: Hampir 150 usahawan yang menerima latihan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyertai Karnival Usahawan PKNS (KUP) 2023 selama tiga hari, bermula semalam.
Timbalan ketua pegawai eksekutifnya berkata peniaga terdiri peserta Program Tunas Niaga (PROTUNe), Program Bina Bangun Usahawan (BizUp), Program Usahawan Siswazah (GROW) dan Program Usahawan Siswazah Lanjutan (GROW PLUS) bertujuan memberi peluang mereka berniaga dalam skala besar.
Berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam, Suhaimi Kasdon berkata program julung kali itu melibatkan jualan pelbagai produk antaranya makanan dan pakaian menyasarkan potensi jualan sehingga RM60,000.
“KUP menjadi platform untuk peserta merasai pengalaman sebenar berniaga selain dapat menimba ilmu secara langsung. Daripada keseluruhan peniaga, 63 merupakan pelajar sekolah yang mendapat pendedahan dari progran PROTUNe.
“Karnival itu juga menbantu peserta BizUp, GROW dan GROW PLUS mengembangkan perniagaan mereka di samping dapat meneroka kemahiran baharu. Kita akan jadikan program sebagai acara tahunan” katanya merasmikan KUP 2023 di sini, hari ini.
[caption id="attachment_598658" align="aligncenter" width="703"] Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Keusahawanan) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Suhaimi Kasdon melawat rerurai di Karnival Usahawan PKNS (KUP) 2023 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 19 Ogos 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]
Suhaimi berkata KUP bermula dari 9 pagi hingga 8 malam turut membuka tiga reruai Klinik Usahawan Selangor berserta kaunselor usahawan terlatih bagi memudahkan peniaga mendapatkan khidmat nasihat berhubung jualan dan bimbingan perniagaan.
“Klinik Usahawan Selangor ini juga turut dibuka dan ditawarkan kepada pengunjung sekiranya mereka mahu mendapatkan maklumat atau khidmat nasihat.
“Sehingga kini PKNS sudah menganjurkan lebih 20 program khas keusahawanan bagi membantu lebih ramai individu mencapai kejayaan tanpa mengira peringkat masyarakat,” katanya.
[caption id="attachment_598660" align="aligncenter" width="703"] Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Keusahawanan) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Suhaimi Kasdon melawat rerurai di Karnival Usahawan PKNS (KUP) 2023 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 19 Ogos 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI[/caption]