SHAH ALAM, 19 OGOS: Orang ramai dijemput menyertai pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Pihak berkuasa tempat (PBT) itu memaklumkan di Facebook, peserta diminta berkongsi gambar atau video Jalur Gemilang dipasang atau dikibar mulai 16 Ogos hingga 16 September.
“Kongsikan gambar atau video Jalur Gemilang yang dipasang atau dikibar pada bangunan, pejabat, rumah kediaman atau premis perniagaan di sekitar Shah Alam dan menangi hadiah wang tunai,” katanya.
Pemenang pertama bakal membawa pulang wang tunai RM500, kedua (RM350), ketiga (RM250) dan sepuluh hadiah sagu hati RM100 setiap seorang dengan semua pemenang turut diberi sijil penyertaan.
Syarat pertanyaan seperti berikut:
- ‘Like’ dan ‘Follow’ kesemua saluran media sosial MBSA (Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok)
- Hantaran perlu disertakan kapsyen tema Hari Kemerdekaan dan hashtag #kibarjalurgemilangMBSA2023
- tetapkan media sosial anda kepada “public account”
- lokasi gambar adalah di dalam kawasan pentadbiran MBSA
Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1430 atau 1777.