ad
PBT

MPK tawar pengurangan kompaun letak kereta serendah RM15 sehingga 17 September

18 Ogos 2023, 11:55 PM
MPK tawar pengurangan kompaun letak kereta serendah RM15 sehingga 17 September

SHAH ALAM, 19 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menawarkan pengurangan kompaun letak kereta serendah RM15 bermula 21 Ogos hingga 17 September ini.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi hebahan poster di Facebook memaklumkan tawaran adalah sempena bulan kemerdekaan tertakluk kepada jenis kesalahan.

Pembayaran boleh dibuat melalui pelbagai cara seperti aplikasi JomPay, i-Kiosk atau di ipay.mpklang.gov.my. Sebarang maklumat lanjut hubungi 03-33758038 atau 03-33758037.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) sebelum ini mengumumkan turut menawarkan pengurangan kompaun tempat letak kereta berbayar dari 7 Ogos hingga 16 September ini sempena sambutan ulang tahun keduanya dan bulan kemerdekaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.