ad
AGENDA

Pantai Bagan Lalang, Taman Seroja antara lokasi jualan murah esok

18 Ogos 2023, 7:00 AM
Pantai Bagan Lalang, Taman Seroja antara lokasi jualan murah esok
Pantai Bagan Lalang, Taman Seroja antara lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 18 OGOS: Program Jelajah Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga murah menemui orang ramai di tiga lokasi esok.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook memaklumkan jualan diadakan di dalam Parlimen Sepang iaitu di Pesta Pantai Bagan Lalang, Sepang dan balai raya Taman Seroja, Sungai Pelek.

Selain itu, jualan anjuran Kerajaan Selangor dengan kerjasama persekutuan itu turut diadakan di Dewan Teratai MBSA Seksyen 19 bagi Parlimen Shah Alam.

Jualan murah yang dijenamakan semula daripada Jelajah Ehsan Rakyat diteruskan hingga Disember ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Barangan asas dijual termasuk ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini JER boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau rujuk pautan linktr.ee/myPKPS.

Setakat Julai, penganjuran JER diadakan di lebih 2,400 lokasi dengan mencatat nilai jualan RM60 juta termasuk pemberian subsidi bersasar lebih RM20 juta dari Kerajaan Negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.