ad
AGENDA

Amaran hujan lebat seluruh Selangor, KL dan Putrajaya hingga 7 malam

16 Ogos 2023, 8:24 AM
Amaran hujan lebat seluruh Selangor, KL dan Putrajaya hingga 7 malam

SHAH ALAM, 16 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 7 malam ini.

MetMalaysia di Facebook memaklumkan cuaca sama diramal berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan serta Johor.

Keadaan sama dijangka berlaku di Sarawak membabitkan kawasan Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) Bintulu dan pedalaman Sabah (Keningau serta Tambunan).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.