ad
ADN

Wakil rakyat cakna isu banjir kilat, tekad beri khidmat terbaik

15 Ogos 2023, 7:40 AM
Wakil rakyat cakna isu banjir kilat, tekad beri khidmat terbaik
Wakil rakyat cakna isu banjir kilat, tekad beri khidmat terbaik

OLEH NAS NORZIELA NASBAH & JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 15 OGOS: Mesyuarat penyelarasan bersama agensi berkaitan akan dibuat segera bagi mengatasi masalah banjir di beberapa lokasi tumpuan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru.

Wakil rakyatnya Mariam Abdul Rashid berkata musibah yang kerap berlaku disebabkan kurang kolam tadahan selain longkang tersumbat yang menghalang aliran air terutama ketika hujan lebat.

“Kita mengambil maklum permasalahan diadukan penduduk dan berharap langkah jangka pendek yang akan dibincangkan (bersama agensi berkaitan) dapat menyelesaikan masalah bah ini segera.

“Dalam pelan Lima Tahun Tekad Meru juga satu daripadanya adalah mengatasi banjir dengan memastikan projek tebatan banjir dibuat segera dan penyelenggaran saliran dijalankan kerap,” katanya.

Sebelum itu, Mariam meninjau beberapa lokasi banjir di Jalan Chempaka, Jalan Paip, Kampung Budiman, Taman Daya dan Taman Daya Maju setelah menerima aduan.

Pada 12 Ogos, beberapa kawasan di Meru dilanda banjir kilat menyebabkan jalan dan rumah penduduk terjejas, namun tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

[caption id="attachment_597938" align="aligncenter" width="792"] ADN Rawang Chua Wei Kiat diraikan penyokong selepas berjaya mempertahan kerusi itu dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos 2023. Foto Facebook Chua Wei Kiat[/caption]

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang Chua Wei Kiat berazam untuk terus memberikan khidmat terbaik bagi memenuhi mandat rakyat dalam pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Beliau menjelaskan kemenangan tersebut membuktikan rakyat masih yakin dan percaya dengan corak kepimpinan yang dibawa Pakatan Harapan (HARAPAN) sejak 2008.

"Jumlah majoriti yang lebih besar dari PRN lalu menunjukkan isyarat HARAPAN cemerlang pada penggal lepas. Saya juga percaya rakyat mahukan kerajaan perpaduan memerintah Selangor.

"Terima kasih kepada penduduk Rawang tanpa mengira peringkat umur, kelas, kaum dan agama. Saya akan membalas mandat ini dengan berusaha sedaya upaya untuk berkhidmat bagi semua penduduk," katanya.

Keputusan PRN pada 12 Ogos menyaksikan HARAPAN dan Barisan Nasional (BN) Selangor menang 34 daripada keseluruhan 56 kerusi untuk kembali membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.