ad
AGENDA

Kanak-kanak enam tahun cedera didera bekas teman lelaki ibu

15 Ogos 2023, 2:21 AM
Kanak-kanak enam tahun cedera didera bekas teman lelaki ibu

JOHOR BAHRU, 15 OGOS: Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera di bibir dan muka dipercayai didera bekas teman lelaki ibunya di sebuah rumah di kawasan Kampung Sinaran Baru, Kempas.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 25 tahun mengenai kejadian itu jam 10.39 pagi semalam.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan lelaki warga tempatan berumur 29 tahun di sini jam 11.05 malam tadi.

"Kanak-kanak itu yang cedera di bibir dan muka, telah dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah bagi rawatan lanjut. Permohonan reman dibuat pagi ini di Mahkamah Johor Bahru," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan didenda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.