ad
AGENSI

Jualan murah kembali menemui orang ramai di sembilan lokasi Selasa ini

13 Ogos 2023, 6:03 AM
Jualan murah kembali menemui orang ramai di sembilan lokasi Selasa ini

SHAH ALAM, 13 OGOS: Jelajah Ehsan Rahmah (JER) yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga murah kembali menemui orang ramai di sembilan lokasi Selasa ini.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan jualan murah anjuran Kerajaan Negeri berehat seketika sejak 12 Ogos hingga esok sempena pilihan raya negeri yang berlangsung semalam.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar memaklumkan JER yang diperkenal pada September tahun lalu bakal dilanjutkan hingga hujung tahun depan.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata jualan murah yang kini mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup didokong faktor kedudukan kewangan negeri yang kukuh.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Setakat Julai, penganjuran JER diadakan di lebih 2,400 lokasi dengan mencatat nilai jualan sebanyak RM60 juta termasuk pemberian subsidi bersasar lebih RM20 juta dari Kerajaan Negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.