ad
AGENDA

Muafakat, jentera kukuh bantu HARAPAN-BN pertahan negeri

13 Ogos 2023, 2:00 AM
Muafakat, jentera kukuh bantu HARAPAN-BN pertahan negeri

Oleh Norasyidah Arshad dan Zareef Muzammil

KLANG, 13 OGOS: Kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri hasil muafakat erat pemimpin parti dalam gabungan tersebut.

Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo berkata kejayaan itu juga didorong kerja keras jentera sepanjang kempen selain sokongan segenap lapisan pengundi tanpa mengira kaum.

“Saya ingin ambil kesempatan untuk ucap terima kasih kepada semua yang beri sokongan,” katanya dalam sidang media pengumuman kemenangan HARAPAN-BN di sini tengah malam tadi.

Pengerusi Parti Amanah Negera (Amanah) Selangor Ir Izham Hashim pula menyifatkan kemenangan calon muka baharu dari parti berkenaan sebagai memberangsangkan.

Beliau merujuk kejayaan Abbas Azmi di kerusi Seri Serdang, Anfaal Saari (Taman Templer), Danial Al Rashid Haron (Batu Tiga) dan Siti Mariam Abdul Rashid (Meru).

Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Johan Abdul Aziz pula menganggap kemenangan tersebut bakal mengukuhkan kembali pengaruh BN di negeri berkenaan.

“Ini langkah permulaan untuk BN kembali bangkit. Sebelum ini kita jadi pembangkang, namun gabungan ini akan membuka peluang baharu,” kata Datuk Johan Abdul Aziz.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.