ad
AGENDA

Calon, pemilih seru orang ramai buang undi

12 Ogos 2023, 6:25 AM
Calon, pemilih seru orang ramai buang undi
Calon, pemilih seru orang ramai buang undi
Calon, pemilih seru orang ramai buang undi
Calon, pemilih seru orang ramai buang undi
Calon, pemilih seru orang ramai buang undi
Calon, pemilih seru orang ramai buang undi

SHAH ALAM, 12 OGOS: Calon dan pengundi pilihan raya negeri (PRN) Selangor menyeru orang ramai menunaikan tanggungjawab di kawasan masing-masing sebelum pusat pengundian ditutup.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari ini sebagai hari mengundi enam negeri iaitu Selangor melibatkan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN), Pulau Pinang (40), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Kelantan (45) dan Terengganu (32).

[caption id="attachment_597570" align="alignnone" width="775"] Calon Paya Jaras Mohd Khairuddin menyediakan kenderaan kepada pengundi yang tiada kemudahan pengangkutan supaya mereka dapat keluar awal mengundi memandangkan cuaca diramal hujan pada sebelah petang.[/caption]

[caption id="attachment_597571" align="alignnone" width="771"] Calon Gombak Setia Datuk Megat Zulkarnain Omardin meminta pengundi memanfaatkan waktu yang masih berbaki untuk keluar mengundi bagi menentukan kemenangan calon masa depan.[/caption]

[caption id="attachment_597572" align="alignnone" width="860"] Pesara TNB, Baharudin Alias, 64, meminta kawan-kawannya keluar mengundi sebelum cuaca bertukar buruk dengan mengharapkan kerajaan madani terus kekal demi kestabilan negara.[/caption]

[caption id="attachment_597573" align="alignnone" width="807"] Pesara P Chandran meminta rakyat Malaysia keluar mengundi demi masa depan dan kebaikan tanah air selain memilih pemimpin yang dapat memajukan negara.[/caption]

[caption id="attachment_597574" align="alignnone" width="778"] Pengundi di Sungai Besar, Abdul Wahab Kordi, 48, meminta penduduk segera keluar menunaikan tanggungjawab dan bukan hanya pandai memberi komen di media sosial.[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.