SHAH ALAM, 10 OGOS: Dato' Menteri Besar dijadual menyampaikan Amanat Khas sempena pilihan raya negeri (PRN) secara langsung pada jam 11 pagi esok.
Orang ramai khususnya warga Selangor boleh mengikuti amanat tersebut menerusi semua saluran media sosial Dato' Seri Amirudin Shari.
Selain itu, amanat sama turut boleh ditonton secara langsung di SelangorTV, Sinar Harian, TV3 dan Astro Awani.
Selain Selangor, PRN turut membabitkan Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang dengan pengundian ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya Sabtu ini.