Oleh JULIANA JOHAR
KUALA SELANGOR: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) DUN Ijok Amidi Abdul Manan mengajak golongan wanita khususnmenceburi bidang pertanian bermula dengan bercucuk tanam kecil-kecilan di halaman rumah.
Sekirannya diberi mandat menjadi wakil rakyat, beliau akan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk membantu memasarkan hasil pertanian mereka sekali gus membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan.
[caption id="attachment_595763" align="aligncenter" width="811"] Calon HARAPAN DUN Ijok Amidi Abdul Manan ketika penamaan calon di Stadium Tertutup Kuala selangor pada 29 Julai 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]
"Kita kena bantu golongan wanita yang serius ingin melibatkan diri dalam bidang pertanian dan saya rasa perkara ini boleh diperkukuhkan lagi menerusi kerjasama rapat dengan pelbagai agensi pertanian yang ada.
"Selain itu, saya juga mahu mereka menguasai teknik pemasaran baharu agar produk dijual dapat sambutan mengalakkan antaranya dengan menggunakan platform jualan dalam talian yang terbukti berkesan," katanya pada program Pertanian Menjana Ekonomi Wanita di Taman Seri Indah, Bestari Jaya di sini semalam.
Dalam program tersebut, seramai 60 wanita menerima bantuan baja serta benih cili sumbangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
"Ada satu kisah kejayaan ibu tunggal di Kuala Selangor, dia hanya jual serai untuk tampung kehidupan bersama anak-anaknya dan akhirnya terbukti dia berjaya apabila kini sudah mempunyai beberapa ekar tanah dan mengajikan 20 pekerja.
"Saya mahu hal ini juga terjadi kepada penduduk di Ijok kerana potensi pertanian cukup besar. Saya mahu ramai wanita memanfaatkan masa dengan bercucuk tanam kecil-kecilan seperti tanam cili, serai, dan halia untuk menjana pendapatan buat keluarga," katanya.
Pilihan raya negeri yang berlangsung Sabtu ini menyaksikan Amidi berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional Jefri Mejan dan Tan Cat Keong mewakili Bebas.