ad
ADN

Jentera DUN Tanjong Sepat sedia 120 kenderaan bawa penduduk keluar mengundi

9 Ogos 2023, 12:30 PM
Jentera DUN Tanjong Sepat sedia 120 kenderaan bawa penduduk keluar mengundi
Jentera DUN Tanjong Sepat sedia 120 kenderaan bawa penduduk keluar mengundi

KUALA LANGAT, 9 OGOS: Jentera Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Sepat menyediakan kemudahan pengangkutan bagi membawa penduduk untuk keluar mengundi Sabtu ini.

Calon DUN Pakatan Harapan DUN Tanjong Sepat Borhan Aman Shah berkata setiap jentera di 14 pusat daerah mengundi (PDM) sudah mengenal pasti keperluan logistik diperlukan.

[caption id="attachment_596336" align="aligncenter" width="809"] Calon Pakatan Harapan DUN Tanjong Sepat Borhan Aman Shah menyapa orang ramai pada program sarapan pagi di Medan Selera Tanjong Sepat pada 3 Ogos 2023. Foto Facebook Borhan Aman Shah[/caption]

“Sebanyak 120 kenderaan disediakan yang berkhidmat sepanjang hari untuk membawa pengundi pergi dan pulang dari pusat mengundi masing-masing.

“Kemudahan kerusi roda juga akan disediakan kerana kita kenal pasti ada pengundi yang memerlukan kemudahan itu.

“Selain itu turut disediakan adalah kemudahan ambulans DUN Tanjong Sepat bagi memberi bantuan awal sekiranya ada pengundi sesak nafas dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (Satria) di Pantai Batu Laut di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Borhan yang juga penyandang kerusi berkenaan berkata penambahan prasarana sukan di DUN Tanjong Sepat antara tumpuannya jika diberi mandat menjadi wakil rakyat.

“Menerusi pertemuan dengan anak muda terutamanya, kebanyakan mereka minta kemudahan sukan ditambah seperti gelanggang futsal dengan lampu limpah, gelanggang bola jaring, bola keranjang serta bola tampar pantai.

“Ini akan saya berikan tumpuan bagi memastikan anak muda dan penduduk di Tanjong Sepat dapat beriadah dengan lebih selesa selepas ini,” katanya.

Calon nombor dua atas kertas undi itu bersaing dengan calon Perikatan Nasional Sabirin Marsono.

Hari pengundian bagi PRN Selangor dan lima negeri lain berlangsung 12 Ogos.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.